buat satu kotak dr plywood. saiz 3 kaki panjang, 2 kaki lebar dan 2 kaki tunggi. isikan dgn bekas telur atau gulungan surat khabar. lepaskan cengkerik. jantan ekor pendek. betina ekor panjang. isi makanan dlm bekas atau piring.
makanan dia dedak ayam. buatkan medium peneluran iaitu pasir halus yg sentiasa dilembabkan. isi dlam piring dan letak dlm sangkar. hari2 kena ambil bekas pasir tu dan ganti dgn yg lain. anggap bekas tu dah ada telur.
(cengkerik betina akan bertelur dgn alat yg panjang tadi tu dgn cara mencucuk ke dalam pasir)asingkan bekas yg ada telur tu ke kotak lain. seminggu anak akan menetas. bg makan pucuk pisang atau pucuk jambu. dah besar sikit bg dedak ayam
Jangka hayat cengkerik jantan kurang 3 bulan tetapi betina lebih kurang 3 bulan.
Lokasi ternakan cengkerik:
- Tenang, teduh dan mendapat aliran udara yang baik.
- Jauh dari sumber-sumber kebisingan seperti pasar, jalan raya dan lain sebagainya.
- Tidak terkena sinar matahari secara langsung atau berlebihan.
Penyiapan prasarana dan Peralatan
kerana cengkerik biasa melakukan kegiatan diwaktu malam hari, maka kandang cengkerik jangan diletakkan dibawah sinar matahari, jadi letakkan ditempat yang teduh dan gelap. Sebaiknya dihindarkan dari tempat yang bising lebih-lebih lagi untuk kandang peneluran. Untuk menjaga keadaan kandang yang menyerupai habitatnya, maka dinding diberikan daun-daun kering seperti daun pisang, daun sukun dan daun-daun lainnya untuk tempat persembunyian disamping untuk menghindari dari sifat kanibalisme dari jangkrik. Disalah satu sisi dinding kandang dibuat lubang yang ditutup kasa untuk memberikan aliran udara yang baik dan untuk menjaga kelembapan kandang. Untuk ukuran kotak pemeliharaan cengkerik, tidak ada ukuran yang wajib. Yang penting sesuai dengan keperluan untuk jumlah populasi cengkerik setiap kandang.
Bentuk kandang biasanya berbentuk persegi panjang dengan ketinggian 30-50 cm, lebar 60-100 cm sedangkan panjangnya 120-200 cm. Kotak (kandang) dapat dibuat dari kayu . Kandang biasanya dibuat bersusun, dan kandang paling bawah mempunyai minimal empat kaki sebagai lapik. Untuk menghindari gangguan binatang seperti semut, tikus, cicak dan serangga lainnya, maka keempat kaki kandang dialasi mangkuk yang berisi air, kalau takpun letak air yang mengandungi racun serangga.




No comments:
Post a Comment