Search This Blog

Loading...

Kelebihan terung

Satu cawan terung (dimasak tumis air) hanya mengandungi 28 kalori dan ia merupakan sumber terbaik serat boleh larut dan tidak boleh larut.Serat ini membantu melancarkan penyingkiran toksin dan kolesterol berlebihan dalam badan.
..........tamat.........

M/s 79 Rapi 15 Mei 11

Makanan rendah lemak

Ingat, makanan rendah lemak tidak semestinya rendah gula.Baca label makanan anda kerana gula yang tinggi bermakna kalori lebih banyak dan ini juga mampu menambahkan berat badan anda.



tamat

Hormon Testosterone

Hormon lelaki akan menurun 25% menjelang petang.Jadi jika anda mahu berusaha mendapatkan zuriat, waktu awal pagi adalah paling sesuai untuk bersama.


..........tamat.......


Berenang vs Berlari

Anda minat berenang? jika ya , kami ada sebab untuk menjadikan anda peminat nombor satu sukan ini. Kajian telah membuktikan yang berenang adalah 4 kali lebih berkesan berbanding berlari jika anda mahu membakar kalori .Namun , Kajian ini diasakan bagi mereka yang sudah biasa bersenam dan mereka yang telah mencuba pelbagai jenis senaman.

Air bertindak sebagai resisten ( pelawan) jadi seluruh tubuh perlu bekerja kuat untuk menolak dan menarik beban yang dicipta dari air itu.Jika matlamat anda adalah untuk membakar kalori sebanyak yang mungkin semasa bersenam, berenangla kira2 setengah jam .Ia bertindak dengan sempurna pada seluruh tubuh anda.


.........tamat...........
M/s 107, 15 mei '11 Majalah Rapi

Kuasa ciuman

Mampu menggerakkan 30 otot wajah.'senaman mudah' ini mampu membantu mengekalkan keanjalan kulit wajah!


......................end..........................

Vitamin yang diperlukan untuk cantik

Vitamin A : Bagus untuk mata
Vitamin B dan asid folik : Khusus untuk pembentukan DNA dan penting untuk kesihatan Kardiovaskular.
Vitamin C : Menghalang kerosakan yang disebabkan redikal bebas dan kunci utama untuk penyerapan zat besi oleh tubuh.
Vitamin E semulajadi : Membantu antioksidan menentang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Zat besi : Merangsang pembentukan sel darah merah yang sihat.
Kalsium, Magnesium dan Vitamin D : Membina tulang dan gigi yang kuat.

tamat

Bosan

Bosan cepatkan kematian.

Perasaan bosan yang dialami dikatakan dapat mempercepatkan kematian individu yang mengalaminya.Para penyelidik menyatakan individu yang merasa bosan berkemungkinan besar akan menemui ajal pada usia muda berbanding individu lain.Kajian oleh UniversitCollege London , United Kingdom, menunjukkan individu yang berasa sangat bosan di dalam kehidupannya cenderung untuk meninggal kerana masalah jantung.

Selain itu ,kajian yang diterbitkan didalam jurnalEpidemiologi Antarabangsa itu juga menjelaskan perasaan bosan amat berbahaya dan boleh mendatangkan maut kerana ia mengundang gejala buruk seperti merokok ,Ketagihan arak, menghidap dadah serta masalah masalah psikologi yang lain

Kurang tidur punca sakit jantung


Kesan buruk kurang tidur

Masalah tidur boleh mempengaruhi kesihatan jantung.Studi terkini yang diketuai oleh Dr Edward C .Suarez dari Duke Universiti Medical Center, Amerika Syarikat, Menjelaskan bahawa wanita yang memiliki kuali tidur yang buruk dan mengalami masalah sleep apnea berkemungkinan besar akan mengalami sakit jantung.

Ini kerana golongan tersebut mengalami gangguan psikososial yang lebih besar berbanding yang mendapat tidur yang secukupnya.Malah para wanita itu juga berisiko tinggi untuk mendapat diabetis type 2, Peradangan dan fibrinogen, pembekuan yang mengakibatkan strok.
Selain berhadapan dengan risiko penyakit berbahaya, Wanita yang kurang tidur juga rentan depresi, gangguan emosi dan mudah marah.

Cili kering

cili besar yang dah matang ( merah)

hasilnya cukup berbaloi



Inilah pokok cili yang hidup hasil dari biji cili kering yang mak tanam ( ala campak2 jer biji cili kering tu) kat tempat bakar sampah huhu... pokok dia sihat dan menghasilkan cili yang cukup banyak.. sebenarnya banyak pokok yang hidup sihat tapi kene pijak lembu..

Pokok misai kucing




Misai kucing. Kalau kat kampung bapak keringkan sendiri herba misai kucing sebab tanam sendiri. tapi sekarang aku tak bagi minum lagi sebab takut kandungan herba tulin berlebihan membawa perkara yang tak diingini.

Kacang botol

 kacang botol



Pokok ni kat tepi rumah.. bapak tanam supaya anak2 senang nak makan ulam segar. huhu kat kampung mmg best

Buah yang berbentuk unik

Buah nya cuma separuh. dah macam ikan sebelah plak. Tak tau sebahagian nya kat mana.







Tak tau nama pokok apa. Sapa Tau boleh bagi tau... tapi unikkan ? pokok ni pokok herba.. bapak tanam sendiri kat tepi rumah.Bapak ada suruh tebang pokok ni tapi sayang plak.. esok nak cari pokok ni dah tak jumpa plak...

Bunga jarum






Ini dipanggil bunga jarum, dulu suka petik sebab banyak kat laman rumah mak.. petik pastu tabur suka hati lagi satu .Ataupun petik bunga tu lepas tu ambik ambik bunga kecik tu dan sedut ... dia manis skit la..tapi layan la...

Buah kelambu


 Aku panggil buah ni buah kelambu.... ada yang panggil buah ulat bulu dan macam 2 lagila.





Dulu kecik2 rajin gak makan benda ni tapi sekarang dah banyak racun jadi takut skit nak makan...
pokok dia pun mmg nampak macam rumput yang menjalar....

Ulam raja

Ulam raja mudah hidup di kawasan lembab




Close up bentuk daun supaya orang kenal rupa ulam raja

 Ini rupa pokok ulam raja

inilah ulam kegemaran aku....

Kelebihan aktiviti berjalan kaki,,,,,,,,,,,,,,Kaki yang berjalan otak yang menjadi pintar...


Adakah anda boleh berjalan? adakah anda bijak? adakah anda mahu bijak?
So mari kita amalkan senaman berjalan kaki .Pengkaji di Universiti Illinois mambahagikan 124 objek kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan kaitannya dengan kecerdasan minda.Satu kumpulan diprogramkan dengan senaman jalan kaki 45minit sehari. Tiga hari seminggu.Sementara kumpulan kedua melakukan senaman regangan sejam tiga hari seminggu.

Hasil kajian selepas enam bulan menunjukkan kumpulan pertama yang melakukan senaman berjalan kaki mendapat markah 15 % lebih tinggi daripada kumpulan kedua dalam ujian yang direka untuk mengukur kepintaran dan kebolehan untuk fokus ...

Pendapat sendiri: haa klu nak jalan tengok tempat dulu dan hati2 jaga keselamatn dan jaga mata huhu...

Coklat mampu membantu keseronokan seks dan aktiviti fizikal


Menikmati coklat bukan sahaj kerana rasanya yang sukar ditolak.Makanan yang mengandungi bahan anandamide dan phenylthylamine ini juga menyebabkan tubuh menghasilkan rasa seronok seperti endorfin yang terhasil ketika melakukan hubungan seks atau ektiviti fizikal.

Koko yang mengandungi methylzantuhines bertanggungjawap membuatkan kulit sensitif pada sentuhan .Namun pastikan anda menikmati coklat asli yang kaya dengan koko berbanding coklat susu.Coklat susu bukan coklat sebenar kerana ia tidak mengandungi kandungan koko asli dan ia bermakna coklat jenis ini tidak meningkatkan sensitiviti kulit atau hormon serotin yang membuat rasa seronok.

Pendapat sendiri: Bahan yang mampu meningkatkan keseronokan ketika melakukan seks , so lepas ni bolehla makan coklat asli sebelum melakukan ibadah ini.


Diet Mingikut jenis darah

Pada dasarnya diet berdasarkan golongan darah ini dapat dibagi sebagai berikut: 
* Golongan darah O
Untuk golongan ini harus mengkonsumsi makanan tinggi protein dan mengurangi karbohidrat karena
Golongan darah O ini biasanya memiliki masalah untuk penyakit kencing manis, masalah usus,
pencernaan, peredaran darah kurang baik, kadar kolesterol tinggi, penyakit jantung, kanker dan penyumbatan arteri.

 
* Diet untuk golongan darah A
Untuk orang yang memiliki golongan darah A biasanya memiliki masalah cepat marah, penyakit
jantung, kanker dan obesiti, oleh kerana itu asupan makanan untuk orang yang memiliki golongan
darah A harus banyak mengkonsumsi makanan berkabohidrat tinggi dan mengurangi lemak.

 
* Diet untuk golongan darah B
Golonagn darah B biasanya memiliki masalah kesihatan yang berhubungan dengan kerosakan sistem
saraf, insomnia, sakit kepala, penyakit hati, masalah haid, sakit tulang belakang, obesiti dan jantung
oleh kerana itu penderita golongan darah B harus diet susu dan menghindari makanan yang berbahan dasar itik, ayam dan daging-dagingan yang lain.

 
* Untuk golongan darah AB
Biasanya memiliki masalah kesihatan dalam saluran darah, obesiti, kenser, insomnia, sakit sendi dan
tulang oleh kerana itu disarankan banyak mengkonsumsi ikan sardin, tuna, susu kambing, putih telur
hindari makanan seperti daging sapi, ayam, itik dan daging-dagingan, ais krim, kacang hitam, jagung
dan minuman beralkohol.

Selipar ganggu kesihatan

Berjalan menggunakan selipar akan memberi impak negatif kepada kesihatan individu. Kajian American College of Sport Medicine Menjelaskan Pemakaian selipar Akan menggangu kesihatan dan membuatkan individu berasa sakit di seluruh tubuh.

Pakar bedah Dr Rock Positano menjelaskan masalah tersebut berlaku kerana tekanan yang terjadi sewaktu berjalan.Jika tumit dan permukaan tanah tidak selari maka tumit tidak dapat menyerap tekanan dengan baik. Keadaan ini akan membuatkan kaki bekerja sehingga menyebabkan kecederaan ditendon atau kesakitan dibahagian tungkal, pinggang, lutut dan punggung.

Peria cegah kanser payudara

Disebalik rasanya pahit ,peria mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan manusia.Penelitian Saint Louis University,Amerika Syarikat membuktikan peria dapat mencegah dan melindungi wanita daripada serangan kenser payudara.


Ketua penyelidik dan profesor patologi ,Ratna Ray, menjelaskan ekstrak peria mampu menghentikan perkembangan sel kanser di dalam tubuh.Keupayaan ini diperoleh daripada kandungan lesichin di dalam peria yang berfungsi untuk melawan sel kanser.


Selain mencegah kanser ,peria turut diakui kemampuannya dalam menurunkan kadar gula di dalam darah. Penghidap diabetis yang mengambil ekstrak peria akan mengalami penurunan kadar gula secara berperingkat biji sayuran itu mengandungi zat yang memiliki kesamaan dengan insulin.


Peria juga mengandungi zat yang berupaya mengubah glukosa yang berlebihan menjadi tenaga selain turut mengandungi serat , vitamin C, karotin dan kalium .Malah peria juga merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh

Pisang kaki turunkan tekanan darah

Mengandungi vitamin c glukosa ,sukrosa, fruktosa, dan iodin , pisang kaki bernilai tinggi dari segi perubatan .Antara khasiat buah berentuk bulat dan berisi rangup ini ialah menurunkan tekanan darah tinggi, Meningkatkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah koronari, mengatasi sembelit dan meredakan sedu. 

Berasal dari keluarga Ebenacea, serbuk putih pada permukaan buah pisang kaki yang kering mengandungi manitol, glukosa dan vitamin c yang amat baik untuk paru paru dan jantung

Kelebihan buah pelaga


Buah pelaga atasi nafas berbau

Buah pelaga bukan sekadar rempah biasa .Aromanya yang enak mampu menyegarkan nafas individu sekali gus mengatasi masalah halitosis atau nafas berbau

Mengandungi protein , carbohydrate, serat, kalsium, fosforus dan zat besi . Buah pelaga juga bermanfaat untuk penghidap asma, bronkitis danpelbagai alahan pernafasan yang lain.

Tidak hanya itu rempah ini turut berupaya merangsang pencernaan dan berkesan untuk merawat kembung perut, angin dan melegakan asid dalam perut.

Kubis ubati ulser


Sayuran berbentuk bulat ini mengandungi belerang. sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan tubuh manusia. Kompaun belerang di dalam kobis mampu menghindarkan pengeluaran carcinogan, sejenis bahan kimia dalam tubuh. Jesteru amalan memakan kobis mampu menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel sel darah yang boleh membahakan kesihatan.


Dengan kandungan belerang ini , kobis berkesan untuk mengubati penyakit ulser, barah serta penyakit lain didalam usus.Asid Amino yang mengandungi belerang didalam kobis juga dapat menurunkan paras kolesterol, meredakan saraf dan menenangkan fikiran, sekaligus membantu individu tidur dengan lena pada waktu malam.


Selain belerang, kubis juga mengandungi vitamin A, B kompleks, C,zat besi sodium, fosforus dan potasium.