Search This Blog

Loading...

Maharaja lawak


Setiap orang kene peka dalam adab dengan orang yang berilmu.

Klinik Homeopathy dan Acupuncture

Dr Aisha ( klinik Homeopathy and Acupuncture @ Produk-produk Assaadah) )

No 321A Jalan Bandar Malawati,
Malawati Square ,Bandar Malawati, 53100 Kuala Lumpur,

03 2825695 @ 012 3597683

PRODUK SUBUR WANITA DAN LELAKI- RAWATAN SELAMA EMPAT (4) HINGGA ENAM (6) BULAN DENGAN ENAM (6) KALI CUCUK ACUPUNCTURE PERCUMA..

Kesan wanita keluar bekerja.

Kesan wanita keluar bekerja, berkemungkinan membawa pada gejala seperti dibawah ini.Justeru hal ini perlu diberikan perhatian oleh kalangan wanita sekiranya mereka perlu juga keluar bekerja kerana tuntutan tertentu.

  1. Mengabaikan anak-anak, menyebabkan mereka kurang kasih sayang, rawatan dan pendidikan seorang ibu.
  2. Wanita yang keluar rumah bekerja umumnya kini bercampur dengan lelaki bahkan kadang-kadang berkhalwat dengannya.Dan ini sudah tentu haram hukumnya, menurunkan nilai moralnya dan keagamaannya.
  3. Perempuan yang bekerja diluar rumah pada umumnya melepas hijapnya sering berpergian dan memakai wangi-wangian atau bersolek yang dapat mengundang berahi kaum lelaki.Rasulullah bersabda"tidak aku tinggalkan setelah aku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada para wanita." ( Mutafaq Alaihi).
  4. Wanita yang bekerja di luar rumah boleh kehilangan sifat dan naluri keperempuannya, kehilangan kasih sayang daripada anaknya disamping akan meruntuhkan sistem keluarga.
  5. Seorang wanita telah ditakdirkan mencintai perhiasan memakai emas, pakaian yang bagus dan sebagainya, maka jika dia keluar rumah untuk bekerja, dia akan bersikap boros kerana banyaknya perhiasan dan pakaian serta perhiasan lain yang dibelinya sehinga melebihi batas keperluan,maka dia pun termasuk orang yang berlaku israf (pemborosan) yang dilarang agama.

m/s 21 majalah NUR Disember 2007

Jangan menyanggahi fitrah

Setiap manusia pada dasarnya dilahirkan suci daripada sebarang noda dosa seperti scinya fitrah yang sedia ada dalam pembawaannya.Rasulullah sersabda yang bermaksud; "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci dan bersih ). Maka ,kedua-dua ibu bapanya yang menjadikan anaknya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi." ( Riwayat Bukhari )

Kehidupan ini kadang kadang menyebabkan manusia tersasar daripada fitrahnya sehingga mereka tidak dapat berpegang dan mempertahankan fitrah yang semula jadi ada dalam jiwa mereka.Apabila fitrah manusia dikuasai nafsu, maka terhalangla nilai positif yang lahir daripada fitrah itu.

Allah berfirman bermaksud " Maka hadapkanlah dirimu kearah agama yang jauh daripada kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya;tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( Surah Al Rum , Ayat 30).

Menurut Imam Al qurtubi, Ayat ini adalah perintah Allah kepada umat manusia untuk memperkukuhkan niat dan menguatkan tekad dalam menegakkan dan mempertahankan ajaran islam.Hal ini adalah fitrah manusia yang diciptakan Allah yang tidak memiliki apa-apa kecenderungan untuk menentang dan mengingkari Allah.

M/S 190 Majalah NUR Disember 2007

Pusat rawatan Islam Darussyifa, Banting.

Lot 1227 Batu 41,
Kampung Olak Lempit,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Ustaz Haji Misran Gilampo
H/P: 013–3681619

Waktu rawatan

Selasa 8:00 mlm hingga 11:00 mlm
Jumaat 8:00 mlm hingga 11:00 mlm
Sabtu 10:00 pagi hingga 11:00 mlm

Mengapa Halal Malaysia


Oleh: Lokman Ab.Rahman

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa logo halal yang dikeluarkan di negara ini digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu Halal Malaysia. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras bahawa sesuatu barangan itu dibenarkan atau harus digunakan sama ada dari segi hukum, keselamatan dan mutu. Sudah memadai dengan satu perkataan halal yang boleh berdiri sendiri.

 

Inilah suatu keunikan di Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, ia telah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Melayu Islam yang amat sensitif terutamanya bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian. Namun demikian penggunaan bahan dan barangan yang ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa-masa yang lalu menyebabkan perlebelan ini tidak dipandang begitu penting berbanding pada hari ini.

Masyarakat Malaysia yang terbina di atas pelbagai bangsa, agama dan budaya merupakan aset penting dalam membentuk pensijilan halal Malaysia. Pada umumnya melihat penggunaan logo dan sistem pensijilan ini semata-mata untuk kelompok pengguna Melayu Muslim di negara ini bagi memudahkan mereka membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu di pasaran. Sebaliknya setelah diperkenalkan hampir sepuluh tahun, sambutan kehadirannya amat mengejutkan. Perkataan halal hari ini bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim.

Golongan peniaga yang rata-ratanya dipegang oleh etnik China mula sedar kepentingan halal dan menuntut supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal sedangkan mereka majoritinya bukan penganut Islam. Perubahan ini telah memecah tembok sempadan perbezaan agama dan merentasi sempadan perbezaan budaya yang mana selama ini kita salah menganggap piawaian halal hanyalah untuk penganut Islam sahaja. Begitu juga pemilik industri Barat dan Eropah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Belanda dan New Zealand mereka membuat palaburan besar di Negara ini. Di Asia, Negara Jepun dan Thailand juga tidak kurang pentingnya dalam hal ini. Mereka menjadikan logo halal sebagai marketing tool untuk memenangi hati pengguna.
Golongan pengeluar telah meletakkan nilai label halal pada barangan mereka lebih mahal dan bernilai berbading produk yang dikeluarkan. Kadang-kala tanpa label halal rasmi yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan/Majlis Agama Islam mereka menganggap sukar memasarkan produk , malah dalam keadaan tertentu pengguna akan mempertikaikannya. Kini halal telah menjadi nilai komersial yang begitu penting dan tinggi mengatasi sempadan bangsa, agama dan antarabangsa.

Demi tujuan perniagaan, ada kalanya pihak pengeluar begitu melampau. Mereka seboleh mungkin cuba mengekplotasi para pengguna dan pembeli dengan memakai logo halal pada semua barangan tidak kira apa jenis produk yang dipasarkan. Hal ini menimbulkan kebimbangan menyebabkan lahir desakan supaya logo haram turut diperkenalkan. Dalam hal ini, Mantan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin telah memberi jawapannya bahawa logo halal sudah memadai bagi umat Islam di negara ini membezakan sesuatu produk itu halal atau sebaliknya (Utusan Malaysia, 27 Sept. 2002).

Sebenarnya, di antara kepentingan peniaga dan jaminan kepada pengguna, JAKIM/JAIN mengawalnya berdasarkan tuntutan syarak. Oleh itu tidak semua permintaan pengusaha yang memohon penggunaan logo dan sijil halal dapat dipenuhi. Produk asli atau nature product yang tidak melalui proses produksi seperti rempah-ratus, air mutlak, buah-buahan dan ikan adalah tidak perlu kepada pensijilan halal. Ringkasnya kesemua bahan asli yang tidak melalui proses pengubahsuaian, penambahan dan pemeraman adalah bahan yang tidak tersenarai bagi permohonan halal. Selain itu ke semua obat-obatan atau keluaran farmaseutikal tidak termasuk dalam pensijilan halal ini kerana ia keperluan darurat kepada pesakit. Begitu juga sesuatu pengeluar jenama produk yang sudah dikenali tidak halal adalah tidak akan diproses permohonannya walaupun produk yang akan dikeluarkan tersebut masih tidak bertentangan dengan syarak. Tindakan ini untuk mengelakkan kekeliruan dan keraguan kepada masyarakat umum. Seterusnya makanan binatang khususnya yang tidak halal seperti kucing . Ini adalah kerana binatang tidak dikenakan sebarang taklif dosa-pahala seperti manusia. Sebagai jaminan keselamatan pengguna, logo halal tidak dibenarkan dicetak pada bahan gunaan yang berisiko seperti bahan cecair pencuci dan sijil halal hanya dikeluarkan kepada pemohon sahaja.

Secara ringkasnya antara beberapa katogeri produk yang tidak layak membuat permohonan halal ialah :
i. Bahan asli atau nature,
ii. Ubat-ubatan,
iii. Jenama produk yang terkenal tidak halal,
iv. Makanan binatang,
v. Pewarna rambut.

JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal Malaysia telah memperkenalkan logo halal baru yang standard di seluruh Malaysia. Logo standard ini menjawab terhadap segala persoalan dan kekeliruan yang seringkali timbul oleh orang ramai memandang setiap jabatan agama Islam negeri-negeri mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri. Logo baru ini hanya mengandungi perkataan halal dalam tulisan Arab-Jawi dan perkataan Malaysia dalam tulisan Rumi. Yang membezakan di antara logo-logo halal yang dikeluarkan hanya dapat dikenali berdasarkan kod nombor mengikut kod nombor kad pengenalan berdasarkan negeri-negeri yang digunapakai di Malaysia. Sebagai panduan kepada pengguna, logo baru yang keluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah bewarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenarkan menggunakan warna-warna yang lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah speksifikasi logo asal.

Dengan memperkenalkan logo baru ini pada 2003 lepas, maka secara langsung logo-logo lama yang masih beredar di pasaran seperti yang tercatat perkataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri dijangka akan dapat dihapuskan sehingga di penghujung tahun ini, 2004. Tujuan utama pengenalan logo ini ialah untuk penyelarasan, di samping itu strategi lain ialah untuk menghapuskan penggunaan logo halal palsu seperti BAHIES dan sebarang perlabelan halal yang tidak tidak disahkan oleh mana-mana pihak berautoriti Islam negara. Label halal yang banyak digunakan oleh pihak premis tanpa pengesahan rasmi JAKIM/JAIN tidak boleh dipertanggungjawabkan sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari perundangan. Kesemuanya ini dimulakan di Malaysia dan tidak negara Islam lain.
Pendekatan ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan logo-logo yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam seperti Indonesia, Amerika, Thailand dan Singapura. Indonesia hanya mengunakan perkataan Arab halal, Majlis Makanan dan Nutrasi Amerika (IFANCA) yang begitu dominan di A.S. menggunakan simbol ‘M’ yang merujuk kepada muslim dan Thailand menampilkan kalimah Syaikh al-Islam yang merujuk kepada badan Islam yang berautoriti di sana.

Di Malaysia, sungguhpun logo halal nampak begitu gah dan berpengaruh di kalangan pengguna dan pengusaha, tetapi pemakaiannya adalah tidak diwajibkan dari segi undang-undang. Kekuatannya ialah sebagai simbol jaminan kualiti berasaskan syarak yang menekankan aspek mutu produk, kesucian dan keselamatan. Ia merupakan suatu pilihan kepada pengeluar memohon untuk menggunakannya dan ia dikeluarkan secara pentadbiran oleh pihak JAKIM/JAIN. Sesetengah pihak menganggapnya sebagai tanggungjawab sosial. Namun demikian penggunaanya telah berubah secara mendadak menjadi keperluan pihak industri pengeluar produk makanan dan barangan gunaan untuk meyakinkan pengguna. Melalui elemen halal, pihak kerajaan telah berjaya membuka peluang persaiangan perniagaan antara pengeluar supaya barangan menjadi lebih berkualiti tinggi dan meyakinkan. Iklim perdagangan yang sihat ini telah berjaya dirintis di pasaran tempatan dan mula giat melebar di persada perdagangan antarabangsa.

Lokman Ab. Rahman,
Peg. Kajian Makanan & Barangan Gunaan Islam,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hukum lelaki memakai subang

Assalamualaikum ustaz,apakah hukum lelaki yang memakai subang tetapi subang itu memang direka khas untuk kaum lelaki?
Jawapan:
 
Sudah maklum bahawa subang adalah perhiasan bagi wanita. Namun akhir-akhir ini terdapat lelaki-lelaki Islam yang terpengaruh dengan budaya barat mula memakai subang. Dengan kreativiti yang ada maka dicipta subang untuk lelaki supaya berbeza dengan yang dipakai oleh wanita. Mengikut hukum uruf, seseorang lelaki yang memakai subang dikira menyerupai wanita walaupun subang tersebut direka khas untuk lelaki kerana dia memakai perhiasan yang secara khususnya adalah untuk wanita. Ketahuilah bahawa haram bagi lelaki menyerupai wanita. Larangan ini telah disebut dalam hadis seperti berikut:
عن إبن عباس رضي الله عنهما قال: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المخنثين من الرجال
والمترجلات من النساء ؛ وفي رواية: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال                                      
  (بالنساء والمتشبهات بالنساء من الرجال (رواه البخاري
Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).
Oleh itu adalah haram bagi lelaki memakai subang kerana ia dikira menyerupai wanita. Adapun bentuk-bentuk tertentu subang yang dipakai oleh lelaki tidak dapat mengecualikannya daripada dikira menyerupai wanita.
Sekian والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Sumber :
http://muis.ismaweb.net/2010/06/hukum-lelaki-memakai-subang/

Perjalanan hidup komando Apot selepas VAT 69


Sebuah jam tangan dirampas daripada anggota komunis dan beberapa pingat sebagai kenangan untuk simpanan Apot.


SATU ketika dulu, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan ramai terutama oleh pasukan keselamatan. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Apot A/K Saad umpama pembawa tuah dalam setiap operasi menjejak dan memerangi pengganas komunis.

Jika ada pasukan keselamatan yang gagal mengesan, menjejaki atau menggempur lokasi komunis, tapi Apot pasti boleh. Itulah antara kata-kata harapan bila menggambarkan siapa Apot ini yang diakui sebagai penjejak atau treker belantara.

Kebolehan Apot yang dianggap 'pakar' penjejak menyebabkan Orang Asli dari kaum Semai ini digeruni pengganas komunis. Kebolehannya bukan sahaja dapat menghidu dan mengesan jejak musuh walaupun sudah berminggu, malah beliau juga tahu membezakan antara jejak manusia dan haiwan.

Jika ada pengganas komunis cuba mengelirukan jejak dari dikesan pasukan keselamatan, namun Apot dapat membuka semula jejak tersebut. Hutan belantara Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak yang begitu tegar dengan aktiviti komunis dan jerangkap samar, menjadi kawasan permainan Apot.

Kebolehan Apot ketika tahun-tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an telah mengharumkan nama PDRM dan juga unit elit jabatan itu, 69 Komando atau VAT 69.
Kemahiran menjadi penjejak dimiliki Apot itu turut diserapkan kepada pasukan tentera dan komando negara asing seperti dari New Zealand dan Australia.

Karier Apot dalam PDRM bermula sebagai anggota Senoi Praaq sebelum beralih ke VAT 69 pada 1970. Sebagai anggota Senoi Praaq, beliau dianggap antara kalangan perintis Orang Asli di negara ini yang berjuang menentang komunis.

Negara ketika itu memang memerlukan peranan Orang Asli bagi menentang komunis yang menjalankan peperangan ala gerila. Kerana tekun dengan tugasannya sebagai penjejak, Apot mempunyai rekod peribadi, berjaya menembak mati lima pengganas komunis dan terlibat dalam 15 pertempuran.

Ini tidak termasuk tugas-tugasan lain di mana beliau mendahului mengesan jejak sebelum diserahkan kepada penjejak lain. Namun, semua kebanggaan itu hanya tinggal kenangan bagi Apot yang kini berusia 62 tahun selepas bersara dari VAT 69 dengan pangkat Sarjan Mejar.

Mungkinkah hanya rakan-rakan seperjuangan Apot sahaja yang mengetahui pengorbanan dilakukan oleh beliau selama ini untuk negara? Yang pasti, kini Apot hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai penoreh getah di kawasan kebun. Agak terkejut apabila diberitahu, kebun getah itu pula bukan milik beliau sebaliknya ia diteroka di tanah rizab Orang Asli.

''Itu bukan tanah saya. Saya terokai sejak lama dulu. Kami Orang Asli banyak teroka tanah untuk mencari rezeki. Saya menoreh untuk tambah pendapatan. Kalau tidak, sumber pendapatan saya hanyalah dari pencen polis ,'' katanya ketika memulakan perbualan dengan Utusan Malaysia.

Sambil merenung jauh, beliau terdiam sejenak apabila penulis mengajukan pertanyaan lain. Seolah-olah sukar untuk beliau menceritakan perjalanan hidupnya semasa menjadi penjejak dalam VAT 69 dan juga selepas bersara.

Namun penulis dapat melihat matanya perlahan-lahan berair, menandakan jauh di sudut hati pasti beliau tertanya-tanya apakah cerita yang hendak disampaikan mengenai pengorbanannya selama ini kepada negara dihargai.
''Sekarang saya dah jadi penoreh getah, pukul 6.30 atau 7 pagi dah keluar rumah untuk pergi menoreh. Dalam gelap, saya gunakan lampu suluh. Kalau dari jauh nampak seperti cahaya lampu sedang bergerak.

"Bila teringatkan masa operasi dulu, saya juga sering melihat penoreh getah dengan lampu suluh di kepala. Yang nampak hanya cahaya lampu bergerak dan kita tahu mereka adalah penoreh getah,'' katanya yang dilahirkan di Kampung Lata Kinjang, Chenderiang, Perak.

Ketika kanak-kanak lagi Apot sudah mengikuti bapanya masuk ke hutan untuk memburu dan mencari hasil-hasil hutan. Apabila berusia 17 tahun, beliau pergi memburu bersendirian.

Perjalanan hidupnya sebagai kaum Semai dan sering memburu seorang diri membolehkan dia mengenali keadaan hutan belantara. Semasa berada di tingkatan tiga, Apot berhenti sekolah.
Pada tahun 1968, beliau menyertai pasukan Senoi Praaq. Antara pengalaman menarik dilalui ialah semasa operasi sekitar kawasan Bentong, Pahang pada tahun 1980-an.

Dalam operasi itu, Apot bersama dua platun anggota dan pegawai melibatkan 24 orang ditugaskan untuk mengesan jejak musuh. Setelah enam hari menjejak seluruh kawasan belantara di situ tanpa sebarang kesan, akhirnya mereka bersiap sedia untuk pulang.

"Ketika berehat makan, saya tinjau seorang diri sekitar kawasan tempat kami berkumpul. Saya terkejut apabila mendapati kesan tanah dari tapak kasut. Dari perhatian saya, ia mungkin sudah dua atau tiga hari lalu. Saya maklumkan kepada pegawai, namun tiada reaksi darinya mengatakan ia benar-benar kesan tapak komunis.

''Kerana tak puas hati, saya terus tinjau kawasan tersebut dan semasa melalui sebuah permatang, saya melihat terdapat geseran pada sebatang pokok kayu. Saya percaya ia kesan dari tali senjata api atau tali beg yang terkena pokok berkenaan,'' katanya.

Apot kemudian memanggil seorang lagi rakan Orang Asli yang juga menjadi penjejak dalam pasukan berkenaan. Setelah yakin, Apot memaklumkan sekali lagi kepada pegawainya dan ini menyebabkan platun berkenaan meneruskan operasi menjejak.

''Kami kemudian menemui penempatan komunis yang telah ditinggalkan, ini menguatkan lagi bahawa kawasan di situ terdapat pengganas komunis,'' katanya.
Keesokannya kira-kira pukul 3 pagi, setelah bermalam di sebuah puncak bukit, pasukan tersebut melihat pergerakan lampu-lampu suluh dipercayai para penoreh getah. Namun, mereka tidak dapat pastikan sama ada mereka itu pengganas komunis atau orang awam.

''Kami terpaksa tunggu sehingga hari cerah. Kemudian kami lihat terdapat kepulan asap dari bukit bersebelahan. Kami kemudian mara ke puncak berkenaan sehingga 50 meter ke penempatan sasaran dan melihat terdapat lelaki bersenjata. Kami kemudian rapat lagi sehingga 20 meter sebelum melakukan serang hendap,'' kata Apot.

Pertempuran lebih 30 minit itu menyebabkan lapan pengganas termasuk tiga wanita berjaya ditumpaskan. ''Inilah pertempuran hebat yang pernah saya lalui selain 14 pertempuran lain,'' katanya.

Menjawab pertanyaan, Apot berkata, dia berpegang kepada prinsip jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai penjejak. Baginya, peranan penjejak amat penting kerana bakal menentukan sama ada pasukan keselamatan dapat melakukan serang hendap atau diserang hendap oleh musuh.

''Kalau penjejak gagal atau dikelirukan ekoran tipu muslihat komunis, maka pasukan keselamatan akan diserang hendap. Kita pun tahu, berapa banyak pasukan keselamatan diserang hendap komunis hingga mengorbankan banyak nyawa.

''Bagi saya, jujur menjalankan tugas tanpa memikirkan habuan dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Ini penting dalam memastikan rakan sepasukan tidak menjadi mangsa serangan hendap.

''Kalau kita temui sesuatu jejak, lalu jejak itu kemudian hilang, maka hendaklah ia dicari sehingga dapat menemui kesan baru. Yang penting jangan putus asa,'' katanya.
Pengalaman bertempur di hutan belantara banyak mengajar beliau mengenai kehidupan dan kesetiaan. Sesuatu yang menarik, sepanjang kariernya, belum pernah platun disertai Apot menjadi mangsa serangan hendap.

Sebelum bersara, Apot pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tapi hanya rakan-rakan rapat sahaja mengunjungi beliau. Sejak itu terlintas di fikiran beliau, adakah jasanya selama ini hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi.

Bagi Apot, beliau tidak sekali-kali kecewa setelah bersara walaupun tiada anugerah atau gelaran tertinggi diberikan kepadanya.

Cerita-cerita mengenai pengorbanan serta keberanian beliau kini hanya dikisahkan kepada tujuh orang cucunya yang sering berkunjung ke rumahnya di Kampar, Perak. Kisah-kisah kebolehan sebagai penjejak itu sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya apabila diceritakan kepada cucu-cucunya itu.

''Apabila cucu-cucu saya datang, mereka minta saya ceritakan pengalaman semasa menentang komunis dalam hutan. Masa itulah saya merasa puas hati kerana masih ada insan yang sudi mendengar kisah-kisah silam saya,'' katanya.

Menjawab pertanyaan penulis, beliau berkata: ''Hanya beberapa pingat sahaja diberikan sebagai mengenang jasanya. Tapi bukan SP (Setia Pahlawan) atau PGB (Pingat Gagah Berani). Tapi saya tidak berkecil hati kerana saya selama ini dapat menjaga keselamatan negara,'' katanya.

Bagi Apot, beliau hanya meminta rakan-rakan dalam pasukan keselamatan dan juga masyarakat supaya dapat terus memastikan keamanan negara terpelihara.

''Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur dan tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula di hujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat jelata dapat hidup aman.

''Saya tidak minta balasan tanah, pangkat, gelaran atau habuan wang ringgit...memadai kenangkan pengorbanan ini,'' katanya mengakhiri perbualan.

Tip membeli belah jualan murah

penggunabijak 

Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.

Baca iklan-iklan jualan murah
Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Sumber: Mingguan Wanita

‘Would Hisham have arrested Onn Jaafar?’


June 23, 2011


Umno traces its roots back to the pre-Merdeka protests against the Malayan Union.
KUALA LUMPUR, June 23 — Lim Kit Siang has reminded Datuk Seri Hishammuddin Hussein that his grandfather, Datuk Onn Jaafar, pioneered peaceful protests in Malaysia, and called on the home minister to ensure the smooth running of Bersih 2.0. 

The DAP parliamentary leader pointed out that Umno was born in 1946 out of non-violent anti-Malayan Union protests helmed by Onn, and asked if Hishammuddin thought his grandfather’s actions constituted illegal assembly.

“Would Hishammuddin have arrested his grandfather Datuk Onn Jaafar for organising peaceful mass rallies and meetings resulting in formation of Umno if the latter had been alive today?” he asked in a statement today.

Lim also slammed Hishammuddin for putting electoral watchdog Bersih on the same footing as Malay rights group Perkasa by announcing yesterday that the police would summon Bersih, Perkasa and Umno Youth for planning separate rallies on July 9.

He said while Bersih has declared its commitment to peace, the Perkasa counter-protest was “a different kettle of fish” that was “born to create strife and unrest”.

He urged the police to arrest and charge Perkasa president Datuk Ibrahim Ali for “invoking provocative and inflammatory images of chaos and bloodshed” by referencing the May 13, 1969 race riots during the counter-protest launch on Sunday.

“I call on the home minister to facilitate the successful holding of the peaceful Bersih 2.0 rally instead of enjoining and compelling the police to suppress the democratic rights of Malaysians,” he said.

Pakatan Rakyat (PR) component parties and activists are gearing up to march on July 9 in the second such rally by election watchdog Bersih.

The first rally in 2007 saw up to 50,000 people take to the capital’s street, before they were dispersed by police armed with tear gas and water cannon.

The rally was credited for the PR’s record gains in Election 2008, which saw the opposition pact sweep to power in five states and win 82 parliamentary seats.

PAS has called on all its one million members to attend the rally while Perkasa and Umno Youth have said they will march separately on July 9 to counter the Bersih rally.

Perkasa kicked off its Gerak Aman counter-protest on Sunday by burning images of Bersih chairman Datuk Ambiga Sreenevasan and warning the Chinese to stay indoors as “anything could happen”.

sumber:

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/would-hisham-have-arrested-onn-jaafar/

Rezeki halal

Mencari rezeki yang halal itu wajib. tetapi kene ingat kalau punca rezeki halal tapi tak sembahyang ia tetap memberi masalah pada kita. Hidup kita tak akan diberkati juga. Banyak kaedah mencari rezeki halal dan yang penting jangan berputus asa.

Syarat yang perlu dipatuhi ketika menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah antaranya
(1) seseorang itu perlu mengelak daripada melakukan penipuan dan pemalsuan,
(2) ada persetujuan antara pemilik, orang tengah dan pelanggan, 
(3) harga yang ditetapkan tidak terlalu tinggi dan 
(4) barangan atau khidmat ditawarkan adalah yang halal.

Kedai 1 Malaysia


Macam ni la baru boleh berjimat, harap kerajaan melaksanakan nya dengan tulus ikhlas dan saksama. Bagi memastikan rakyat menikmati hasil kemawahan negara

Perjalanan yang menggembirakan

ASB haram



KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
( 14 JUN 2011M/8 JAMADIL ULA 1432H )

KEPUTUSAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN

1. KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL ( ASN ) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA ( ASB ) DAN SEUMPAMANYA;
KEPUTUSAN ;

i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

a. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen. 

Pembekal al quran digital

myMetro | Rambang mata memilih






=================================================================

BANYAK PILIHAN...kedai Zubaidah di pusat elektronik Central Communications, Guangzhou.
BANYAK PILIHAN...kedai Zubaidah di pusat elektronik Central Communications, Guangzhou.



KECIL sahaja orangnya. Mungkin ketinggiannya hanya lima kaki. Dia tidak nampak takut-takut atau malu-malu walau kebanyakan yang mengerumuni kedainya kaum lelaki belaka.

Orang datang ke kedai kecilnya bersilih ganti. Nampak jelas kesibukannya. Walaupun tidak begitu fasih berbahasa Inggeris, setiap pelanggan yang datang dilayan sebaik mungkin. Sekejap dia di kedai, sekejap berlari mencari stok, dia tangkas ke sana ke mari. Pelanggan yang datang nyata puas hati dengan perkhidmatan pasangan suami isteri muda ini.

Pelbagai orang datang ke kedainya. Orang dari Maghribi, Pakistan, India, Libya, Arab Saudi, Iraq, Malaysia dan Indonesia antaranya. Pendek kata serata dunia. Semua dilayan sama rata.



Kedai Zubaidah Mu, 30, memang menjadi tumpuan. Bukan kerana ia dipunyai kaum Cina Muslim tetapi Zubaidah dan suaminya Yusof Ma, 31, menjual al-Quran digital.

Al-Quran digital memang popular kini kerana aplikasinya yang moden dan memudahkan bagi orang yang mahu menyemak bacaan. Ia dibaca oleh beberapa qari pilihan yang terkenal. Selain membeli untuk diri sendiri, al-Quran ini juga sesuai dijadikan hadiah tanda persahabatan atau penghargaan.

Ramai pelancong membeli beberapa buah sekali gus untuk cenderahati, tidak kurang juga yang mahu memulakan perniagaan sama di negara mereka.

Melihat pelbagai jenis al-Quran digital di kedai Zubaidah memang rambang mata dibuatnya kerana ia ada pelbagai jenis, saiz dan aplikasi yang mesra pengguna. Ia juga dijual di dalam kotak menarik pelbagai warna yang memudahkan kita membawanya.

Berulang kali Zubaidah menunjukkan cara menggunakan al-Quran digital yang ada di kedainya, segala kelebihan dan keistimewaan tersendiri kepada pelanggan yang datang. Ternyata dia arif dengan kerjayanya.

"Saya gembira menjual al-Quran digital ini kerana berpeluang berjumpa ramai masyarakat Islam serata dunia. "Seperti peralatan digital lain yang sering berkembang dan berubah, begitu juga al-Quran digital ini.

Saya juga kena mempelajari ilmu yang baru bagi menyesuaikan diri," katanya yang ditemui di kota Guangzhou, China ini.
Setelah mahir, barulah Zubaidah boleh membuat penerangan kepada pelanggan.

Memang betul, sekiranya anda membeli sesuatu barang di kota Guangzhou enam bulan lalu, jangan harap benda yang sama masih ada lagi kerana ia sangat cepat berubah dan digantikan dengan barangan lebih baru dan terkini.

Zubaidah atau nama Cinanya Mu Yue Qin, berniaga al-Quran digital sejak empat tahun lalu ketika dia dan suaminya mula memijak bumi Guangzhou.

Pusat elektronik Central Communications menjadi pilihan mereka kerana di situ memang tumpuan utama sama ada rakyat tempatan mahupun pengunjung luar negara. Di Guangzhou, ibu dua anak itu tinggal menyewa bersama suaminya dan perlu menaiki bas untuk ke tempat kerja.

"Setiap hari kedai mula dibuka pada jam 10.30 pagi dan saya memulakan perjalanan dari rumah yang mengambil masa 40 minit. Kedai pula ditutup jam 6.30 petang," Zubaidah bercerita mengenai rutin hariannya dan turut menghidang minuman kepada kami. Mungkin kerana kami sudah mesra, Zubaidah menganggap penulis umpama tetamunya.

Tetap mencuri masa bersembang dengan penulis walaupun ketika itu dia sedang kesibukan. Suaminya Yusof, atau nama Cinanya, Ma Shen Cai ketika itu keluar sebentar kerana membuat penghantaran barang. Memang kedua-duanya sentiasa sibuk demi mencari rezeki halal.

Berasal dari wilayah Xin Jiang sejauh 2,600 kilometer dari Guangzhou, Zubaidah hanya balik ke kampungnya setahun sekali dan menghabiskan 20 hari bercuti setiap kali. Untuk ke Xin Jiang, jika menaiki kapal terbang lamanya lima jam. Sekiranya menaiki kereta api pula, mengambil masa 60 jam. Jauh sekali kampung Zubaidah.

"Kami hanya balik kampung pada Tahun Baru Cina bagi menjenguk ibu bapa dan dua anak saya yang dipelihara ibu bapa. Anak saya dua orang, kedua-duanya lelaki, Nuh, 7, dan Nur, 10 bulan," katanya.

Ibu Zubaidah adalah suri rumah tangga manakala bapanya bertani. Walaupun berpisah dengan anak-anaknya, Zubaidah mengubat rindu dengan selalu menghubungi mereka melalui telefon.

Zubaidah dan suaminya mengalu-alukan pelanggan Malaysia yang mahu membeli barangan mereka. Selain al-Quran digital, mereka juga menjual telefon bimbit, pemain muzik dan pemain video elektronik yang amat berpatutan harganya.

5 Tip dan Info



Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.

Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.

Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?
Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.
Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.


Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.

Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.  Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.

Kismis hitam baik untuk otak.

Kismis
Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

Laporan asal : http://www.sajionline.com.my/index.php/petua-dapur-anda/1071-5-tip-dan-info.html

Kelebihan epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Laporan asal :  http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/742-istimewanya-epal-hijau.html