Search This Blog

Loading...

Refleksologi kaki / Foot reflexology









Klik pada gambar untuk melihat lakaran lebih besar

  • Teori asas refleksologi kaki ialah melancarkan darah melalui titik refleksi organ yang berada di tapak kaki.
  • Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman. 
  • Refleksologi bukanla kaedah perubatan secara langsung. Tetapi secara tidak langsung.
  • Secara logiknya kelancaran darah pada tubuh manusia amat penting kerana organ yang kekurangan darah tidak mampu berfungsi dengan sempurna.
  • Darah yang mengalir juga membawa semua keperluan zat-zat atau oksigen pada organ untuk membaiki kerosakan organ itu sendiri.
  • Kaedah yang termudah dan berkesan bagi memastikan kelancaran darah ialah memberi tekanan yang sesuai pada titik-titik pada salur darah yang terletak ditapak kaki. titik titk pada salur darah itu memberi tekanan pula pada organ yang tertentu.
  • Walaupun ia nampak ringkas tetapi ia amat penting bagi memastikan sistem badan manusia mampu berfungsi dalam keadaan terbaik.

Aurat

  • Kita wajib menutup aurat.
  • Aurat bukan hak manusia tetapi hak Allah
  • Bila orang tanya "kenapa tak tutup aurat" Jangan buat jawapan "saya belum bersedia".
  • Jangan Buat jawapan "itu hak saya" sebab aurat hak Allah.
  • Buka aurat ni macam tanam saham neraka .
  • Suami yang dayus adalah suami yang membiarkan isteri dan anaknya membuka aurat. Anak dapat dosa bapak pun dapat dosa jugak kalau bapak tak berusaha ajar anak.
  • Suami kena pastikan anak isteri menutup aurat semasa keluar rumah. Dosa rambut di kira bukan kira kepala tapi setiap helaian rambut yang diperlihatkan.
  • Aurat bukan benda mudah untuk diabaikan.Kerana ia hak Allah.
  • Orang gila jer boleh buka aurat. 
  • Jangan risau kalau dah tua baru nak tutup aurat sebab allah masih sentiasa membuka pintu taubat selagi belum nak mati. tapi ingat jangan sampai terlambat.
  • Tutupla aurat mu sebelum orang lain yang tutup kan aurat mu. 
  • Jangan risau rezeki itu ditentukan oleh Allah.
  • Jangan menyebarkan gambar yang ada Aurat sebab nanti yang menyebarkan pun dapat dosa.Orang dalam gambar tu dapat dosa yang menyebarkan pun dapat dosa yang tengok pun dapat dosa. Setiap orang yang dapat dosa disebabkan aurat yang dibuka pasti akan ada aliran dosa kepada yang membuka aurat.
  • Beri galakan kepada orang untuk menutup aurat.
  • Jangan bersangka buruk kepada orang yang cuba belajar menutup aurat.
  • Orang yang membuka aurat adalah orang yang kejam kerana ia mencabar hukum tuhan.

Modal perbankan islam

Tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

 Sumber : myMetro

KETIKA institusi kewangan Islam berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, wujud beberapa isu yang masih dipertikai masyarakat, yang mana ia perlu diatasi segera oleh ilmuwan Islam (ulama).
Antara isu yang kerap ditimbulkan ialah berkenaan modal permulaan bagi bank Islam dan syarikat Takaful, terutama yang berasal daripada syarikat induk berorientasikan konvensional.

Saya kerap mendengar rungutan orang ramai yang mempersoalkan ‘kesucian’ modal bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam.

Maklum balas ringkas yang dapat saya berikan terhadap soalan berkenaan adalah seperti berikut: A. Wang itu sendiri adalah ‘tidak haram’ dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi ‘haram’ disebabkan jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak syariah). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz) B. Modal dan keuntungan asal yang didapati syarikat induk kepada bank Islam bukan semuanya berasal daripada perniagaan haram. Sebahagiannya daripada individu dan organisasi kerajaan dan swasta.

Jika dilihat di sisi syariah, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama, yang mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram, dengan syarat majoriti modal itu datang daripada sumber halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatan halal, tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia haram.


“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya haram, tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali selepas disahkan kebersihannya (halal).” (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair) Imam Ibn Qaddamah pula berkata: “Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu daripada sumber/modal halal, maka ia halal.” (Al-Mughni) Selain itu, ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat ‘dibenarkan secara total’ untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian halal dalam modal berkenaan majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal) Dalil mereka banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19): 1. Rasulullah SAW melakukan urusan (jual beli) dengan sahabatnya daripada kalangan penduduk Makkah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak kafir. Tidak pernah didengari sebarang tegahan daripada Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka daripada sumber haram.

2. Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah daripada kalangan Arab Badwi yang syirik ketika itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.

3. Ketika Rasulullah SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi daripada kalangan penduduk Madinah dan Arab Badwi yang menghalalkan perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka haram, tentu baginda akan menegah daripada awal lagi.

4. Taqir (pengakuan) Rasulullah SAW dengan membiarkan sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah satu dalil.

5. Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.

6. Sahabat Rasulullah SAW juga berurusan dengan perompak Madinah pada zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. (Ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali) 7. Jika muamalah seperti ini dihalang, tentu keadaan sukar akan berlaku kerana pada akhir zaman seperti sekarang, sememangnya sukar mencari sesebuah syarikat yang 100 peratus halal pendapatannya. (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas) Berikutan itu, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank Islam dan syarikat Takaful.

Tidak dinafikan, menjadi keperluan besar bagi pihak bank untuk memastikan hanya bahagian halal digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Bagaimanapun, jika masih ada sebahagian kecil atau minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya.

Berikutan itu, bank Islam boleh membersihkan modal yang diragui tadi dengan membayar balik pinjaman itu, selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

JAIS tiada kuasa arah pusat hiburan tutup sepanjang Ramadan

2011/07/19

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin, berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen.
"Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap umat Islam yang didapati melakukan kesalahan," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, hari ini.
Marzuki berkata, JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

Beliau turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya lebih peka terhadap logo halal yang digunakan oleh pengusaha makanan di premis masing-masing.

"Logo halal yang sah adalah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sahaja. JAKIM dan MAIS tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk memberi sijil pengesahan halal," katanya.

Marzuki berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kedai makanan yang sengaja menjual makanan dan minuman kepada umat Islam yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan ini.
"JAIS meminta peniaga makanan supaya memulakan operasi jualan mereka mulai 3 petang ke atas bagi mengelakkan perkara itu," katanya.

Beliau berkata, peniaga yang menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, katanya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Pada majlis itu, Marzuki melancarkan pakaian seragam dan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan JAIS dalam usaha memberi identiti baru kepada anggota penguatkuasa agar lebih dikenali masyarakat. - BERNAMA

Kebaikan makan pisang



 
PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.
-------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Kosmo

PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.


Bersih 3.0

 
Rizal Tahir    
KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

”Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

”Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,”ujarnya.

”Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,”ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

”Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,”ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat.

sumber :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4344-nik-aziz-sokong-bersih-30-jika-tidak-berubah

Kota warisan , Sepang




































Gambar diambil dari atas bukit di Kota warisan

Pokok ceri






 Pokok ni kat kampung ku... hehe.. baru nak mula berbuah..

Pegangan 23 GLC dilupuskan

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

ainul.ahsan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan akan melupuskan 23 syarikat milik kerajaan (GLC) mulai tahun ini dan tahun depan.

''Jumlah ini adalah sebahagian daripada 33 syarikat dikenal pasti oleh kerajaan untuk rasionalisasi syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC),'' kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata, daripada jumlah yang akan dilupuskan itu, lima syarikat bakal dikurangkan pegangannya, tujuh lagi disenaraikan di bursa saham dan 21 syarikat akan dilupuskan terus.
Beliau berkata, tindakan itu merupakan sebahagian Inisiatif Pembaharuan Strategik yang membabitkan peranan kerajaan dalam sektor perniagaan.

''Setakat ini, hanya sebuah yang telah disenaraikan iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM).
''Penyenaraian MSM ini pun sebenarnya membabitkan empat syarikat daripada tujuh syarikat,'' kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya tentang pelupusan pegangan kerajaan dalam GLC itu, Idris berkata, setakat ini setiap syarikat berada pada peringkat persediaan yang berbeza-beza.
''Syarikat yang bakal disenaraikan akan membuat pengumuman apabila telah bersedia,'' tambah beliau.

Beliau berkata, penyenaraian syarikat-syarikat terbabit bergantung kepada lonjakan harga saham dan rundingan bagi pembelian.

Ditanya sama ada syarikat itu turut membabitkan Percetakan Nasional Malaysia Bhd., CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio Sdn. Bhd., Idris enggan mengulas lanjut sambil berkata: ''Saya tidak akan mengulas ke tahap itu''.
Beliau berkata, kerajaan telah menetapkan empat kriteria dalam melupuskan pegangannya dalam GLC.

Empat kriteria itu adalah keperluan pelabur dalam sektor swasta, perniagaan strategik, keperluan modal besar dan memulihkan fiskal kewangan kerajaan.

Beliau berkata, dana yang diraih daripada pelupusan itu disalurkan kepada Akaun Pelupusan Kerajaan Persekutuan atau akaun kerajaan negeri untuk digunakan bagi beberapa tujuan.

Ini termasuk memberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan defisit negeri, melabur dalam dana-dana sedia ada, kemudahan dana bagi perniagaan yang boleh diceburi oleh kerajaan.

utusan

6 Tip bekerja ketika hamil

Kehamilan pastinya sesuatu yang mengujakan buat para wanita. Namun harus diingat, bekerja ketika hamil memerlukan tenaga serta kekuatan yang besar. Baik dari segi mental mahupun fizikal. Jadi , bagaimana agaknya untuk sukses dalam kerjaya dan pada masa yang masih mampu menjaga kandungan? tip di bawah mungkin boleh membantu:

  1. Maklumkan pada majikan : Saat anda disahkan hamil, beritahu majikan tentang kehamilan dan mohon waktu kerja yang lebih fleksibel, cuti bersalin serta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
  2. Kenal pasti kesesuaian pekerjaan: Cuba kenal pasti situasi kerja anda dan sesuaikan dengan kehamilan.Jika kerja anda berisiko serta boleh mengundang bahaya kepada kandungan.Cuba mohon untuk ditukarkan kepada jabatan lain ataupun mohon ditempatkan dikawasan lebih selamat.
  3. Berhadapan dengan simpton awal kehamilan : Trimester pertama mungkin agak mencabar memandangkan anda akan berhadapan masalah loya , pening muntah-muntah dan lain lain.Cuba hilangkan masalah tersebut dengan pengambilan snek atau makanan makanan ringan yang boleh membantu meringankan masalah tersebut.
  4. Sesuaikan suasana kerja : Keselesaan di tempat kerja bukanlah sesuatu yang dianggap remeh.Tambahan pula buat anda yang sedang hamil ,Tubuh akan mudah merasa letih serta sakit-sakit dibahagian sendi dan otot.Oleh itu pastikan postur tubuh sentiasa berada pada keadaan yang selesa. Ruang kerja juga seharusnya sesuai untuk anda yang hamil agar mudah untuk anda bergerak.
  5. Usah amalkan diet ketat :  Mengandung bukan masa untuk kurus. Dalam tempoh kehamilan , anda seharusnya mengambil lebih nutrien agar tubuh sentiasa cergas . Juga pastikan anda sentiasa menyediakan snek di meja anda.
  6. Air yang mencukupi : Air yang cukup sangat membantu dalam memastikan kehamilan yang sihat.Oleh itu selain snek , pastikan anda sentiasa mempunyai sebotol air di meja.

Tip membeli beg tangan

  1. Jangan membeli beg tangan yang berukuran lebih besar daripada 25 X 35 cm, kecuali untuk beg perjalanan ( travelling ) . Belilah satu bag mahal dengan kualiti baik berbanding membelinya dalam jumlah banyak , namun kualitinya rendah hanya kerana harga.
  2. Beg akan selalu anda bawa ke mana sahaja anda pergi, jadi aksesori ini harus kukuh dan kuat, Namun tetap menarik.
  3. Pilih beg yang memiliki ruang dalam terbagi dua agar lebih mudah menyimpan barang bawaan sesuai keperluan.Permukaan yang memiliki daya cengkaman yang baik.

end

Majalah Nur Disember 2007

Wasiat harta pusaka bukan waris tak lebih 1/3


utusan 2011/07/01

Pentadbir dilantik kenal pasti aset, tentukan penerima berhak mengikut undang-undang

JIKA siri lalu membincangkan perkara berkaitan pentadbiran harta pusaka, akaun amanah dan wasiat, kali ini AmanahRaya menjelaskan secara ringkas mengenai pentadbiran harta pusaka supaya umum dapat mengingat kembali isu telah dibincangkan sebelum ini. 

Harta pusaka ialah segala peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih selepas ditolak hutang serta kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak berhak menurut undang-undang. 

Harta alih adalah harta boleh dialih dari satu tempat ke satu tempat yang lain contohnya kereta dan wang tunai, manakala harta tak alih pula, harta i tidak boleh dialih atau kekal di tempatnya seperti rumah, tanah atau sawah bendang.

Menurut jumhur ulama, hak berkaitan harta pusaka terbahagi kepada 5 iaitu:

  • penyelenggaraan dan pengebumian jenazah;

  • pembayaran hutang si mati iaitu hutang dengan Allah dan hutang sesama manusia; 


  • pelaksanaan wasiat;

  • tuntutan harta sepencarian; dan

  • pengagihan baki harta kepada waris berhak.

    Selain itu, sebelum pembahagian harta pusaka dijalankan, jika ada tuntutan harta sepencarian, harta si mati tidak boleh dibahagikan sehingga keputusan mengenai tuntutan harta sepencarian diperoleh.


    Pentadbiran harta pusaka terbahagi kepada dua iaitu harta pusaka berwasiat dan harta pusaka tidak berwasiat.


    Bagi harta pusaka berwasiat, si mati ketika hidupnya telah menulis wasiat dan melantik pentadbir bagi harta pusakanya, mengenal pasti hartanya serta menentukan siapa menerima harta itu.


    Menurut Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada 1/3 jumlah hartanya kepada bukan waris sama ada untuk amal jariah, anak angkat, cucu kematian bapa dan sebagainya.


    Manakala bagi pentadbiran harta pusaka tidak berwasiat pula, waris perlu melantik pentadbir harta pusaka. Jika waris melantik AmanahRaya sebagai pentadbir, sebagai pentadbir harta pusaka, AmanahRaya akan mewakili waris di mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris.


    AmanahRaya juga akan meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenal pasti penghutang dan pemiutang si mati, melunaskan segala hutang si mati kepada pihak berkaitan, mengeluarkan suratkuasa bagi Seksyen 17(1) dan 17(2).


    Pengagihan harta pusaka berdasarkan hukum faraid (bagi yang beragama Islam) atau Akta Pembahagian 1958 (bagi bukan Islam).


    Waris perlu membawa dokumen penting bagi membantu melaksanakan pentadbiran harta pusaka seperti sijil kematian, sijil faraid (bagi yang beragama islam), dokumen berkaitan harta dan hutang (contohnya buku simpanan bank, geran kereta, geran tanah dan lain-lain).


    Bagi pentadbiran harta pusaka orang Islam, sijil faraid akan memperuntukkan bahagian yang akan diterima waris dan pembahagian dibuat mengikut hukum faraid. Sijil faraid dikeluarkan Mahkamah Syariah adalah dokumen penting digunakan sebagai asas kepada pembahagian harta pusaka.


    Ada juga kes penolakan harta pusaka oleh waris berhak atas faktor tertentu. Selain isu penolakan, ada juga pembahagian mengikut pakatan atau persetujuan waris, tolak ansur yang mengikut konsep takharuj.


    Pembahagian mengikut pakatan ini boleh dilaksanakan jika semua waris berhak sudah bersepakat dan bersetuju untuk membuat pembahagian mengikut apa yang mereka fikirkan adil dan dapat melindungi hak setiap waris berhak.


    Oleh demikian, jika ahli waris membuat persetujuan dan mengemukakan Surat Persetujuan Penolakan atau Surat Pakatan Keluarga dalam pembahagian harta pusaka, pembahagian akan dibuat mengikut Surat Persetujuan atau Surat Pakatan berkenaan.


    Dalam hal pentadbiran harta pusaka bagi bukan Islam pula, jika si mati ada menulis wasiat, pembahagian pusaka dibuat mengikut wasiat. Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau Surat Persetujuan Penolakan atau Surat Pakatan Keluarga.


    AmanahRaya yang dilantik sebagai pentadbir bertanggungjawab untuk menyediakan penyata akaun harta pusaka bagi menyenaraikan aset dihasilkan, liabiliti yang dibayar berserta perincian nama waris, bahagian dan jumlah diterima.


    Selepas harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, kes pusaka akan didaftarkan sebagai pusaka yang telah selesai dan ditutup. Bagi waris berumur 18 tahun dan ke bawah, orang kurang upaya dan cacat akal, bahagiannya akan dimasukkan ke akaun amanah di AmanahRaya dan boleh dituntut mengikut keperluan.


    Selepas berusia 18 tahun atau usia dipersetujui seperti dalam Suratikatan Amanah, baki wang yang ada dalam akaun amanah akan diserahkan kepadanya.


    Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah At-Taghabun, ayat 15)


    Daripada Abi Bazrah al-Aslami, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan melangkah kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ia dihabiskan.”