Search This Blog

Loading...

Malaysia vs London 2011







Sumber : London 2011

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





Kereta tua 107 tahun




SHERBORNE, Britain – Sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj.

Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media.

Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam.

Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan.

Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan.

“Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini,” katannya.

Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905. – Agensi

Perbandingan kejujuran : malaysia vs jepun

Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta

Kosmo 19 Ogos 2011  -Dunia-

TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.

Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.

Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.

Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.

Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.

Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi


*************************************************************************************************

ARKIB : 21/01/2011

Polis minta orang ramai pulangkan wang syiling

SEREMBAN 20 Jan. – Pengguna lebuh raya yang memungut dan mengambil duit syiling yang bertaburan semasa kemalangan di Kilometer 243, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, orang ramai boleh berbuat demikian dengan menyerahkannya di mana-mana balai polis berdekatan.

Katanya, kes kehilangan duit syiling itu boleh disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika disabitkan kesalahan.

“Kita boleh mengenal pasti mereka yang memungut dan mengambil wang berkenaan melalui beberapa gambar dirakam serta disiarkan beberapa buah akhbar sehari selepas kejadian.

“Mereka yang terlibat sepatutnya tidak mengambil kesempatan mengambil wang syiling berkenaan kerana itu bukan hak mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 lebuh raya itu.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999 atau mana-mana balai polis berhampiran. -utusan-

Kebuluran

Mangsa kebuluran terancam






MOGADISHU 17 Ogos - Mangsa kebuluran Somalia di kem-kem pelarian kendalian kerajaan di sini, berhadapan ancaman keganasan setiap hari sehingga membuatkan mereka memilih untuk berlapar daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan agensi-agensi bantuan.

Di kem Bad-baado di sini yang menempatkan 20,000 pelarian mangsa kebuluran, kejadian rogol, keganasan dan bunyi tembakan berlaku hampir setiap hari.

Kem tersebut terletak berhampiran lokasi pertempuran selalu tercetus antara tentera kerajaan dengan kumpulan militan al Shabab di Mogadishu.

“Saya tidak boleh berada di sini bersama anak-anak. Ramai anggota militan bersenjata ada di sini.
“Anda boleh mendengar bunyi tembakan setiap waktu. Saya juga bimbang dirogol,” kata Halima Hassan Hilowle.

Seperti kebanyakan pelarian lain, Halima memilih untuk tinggal di kem Hawale, kira-kira 1.6 kilometer dari Bad-badoo bagi keselamatan dirinya serta anak-anak.

Kem tersebut yang dikendalikan orang persendirian dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada waktu malam, bagaimanapun tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi-agensi kemanusiaan.

“Kami tidak mempunyai bekalan air dan tempat berlindung. Kami tidak punya apa-apa.
“Kami juga tidak menerima bekalan ubat dan makanan. Satu-satunya kemudahan yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan di sini ialah tandas,” kata pelarian, Abdi Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat mengejut dengan menteri-menteri luar di Istanbul hari ini bagi membincangkan tentang krisis kebuluran dan kemarau di negara-negara Afrika. – Agensi/AFP

*********************************************************************************
  1. Tapi bagaimana di malaysia kita masih membazir setiap hari semata mata ingin memenuhi nafsu semasa hendak berbuka akhirnya kita membazir.
  2. Kita kene belajar merancang untuk berbuka bukan sahaja berjimat malahan ia juga membantu kesihatan kita.
  3. Jangan risau kebulur lepas berbuka.. baca bismillah sebelum makan mesti kenyang punya.
  4. Cuba kawal nafsu semasa berbelanja atau kurangkan pergi ke tempat2 bazar ramadan.
  5. Kita kene sentiasa ingat orang lain yang tak mampu membeli makanan kerana kita sedang diuji dengan nikmat dunia iaitu berkemampuan membeli makanan yang banyak.
Nasihat ini untuk diri sendiri jugak hihi...

Van Jepun

Menarikkan ................ walaupun kurang praktikal tapi ini la kreativiti.

Sumber

ikan keli albino



Harian metro ni mmg biasa meniru tapi tak kesahla... janji telus menyampaikan tu. Dan janganla ketinggalan sangat berita tu. Bagila yang terkini kalau pasal luar negara tu. tapi takat ni semua tu tak der masalah... cuma gambartu cantikla sikit............................ tu jer...