Search This Blog

Loading...

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2



LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan.



SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.

Senaman kawal kencing manis

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
“ADAKAH senaman hujung minggu selama dua setengah jam memberi kesan sama dengan bersenam 30 minit sehari yang dilakukan lima hari berturut-turut? Walaupun hanya bersenam satu atau dua kali, jumlah waktunya sama. Jadi, sepatutnya kesannya juga sama, bukan?” soal seorang teman.
Jawapannya: Tidak. Ini jawapan yang diberikan Ketua Jabatan dan Perunding Perubatan Kanan, Jabatan Perubatan Hospital Taiping, Dr Letchuman Ramanathan. Tidak kira perkara apa pun sama ada soal makan, amal ibadat mahu pun penjagaan kesihatan, yang penting ialah konsisten atau istiqamah; iaitu ia dilakukan secara berterusan; apatah lagi bagi mereka yang menghidap penyakit gaya hidup termasuklah kencing manis.

Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.

Antara kaedah terbaik mengawal kencing manis ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus.


Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh ‘dikumpul’ untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.

“Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.

“Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari,” katanya.

Menurutnya, perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.

“Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit.

“Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,” katanya pada bengkel Kawalan Glisemik dan Pengurangan Risiko Kardiovaskular anjuran GlaxoSmithKline (GSK) sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.

Senaman membantu usaha mengawal kencing manis dengan:


  • Memperbaiki keupayaan badan menggunakan insulin;

  • Membakar lebihan lemak, sekali gus membantu mengurangkan berat badan. Pengurangan lemak badan akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin;

  • Memperbaiki kekuatan otot;

  • Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang;

  • Merendahkan tekanan darah;

  • Memperbaiki dan melancarkan aliran darah;

  • Mengurangkan paras kolesterol buruk dan meningkatkan kolesterol baik, sekali gus memberi perlindungan daripada penyakit jantung;

  • Mengurangkan tekanan dan merangsang penghasilan hormon yang membuat kita berasa tenang dan seronok.

    Dr Letchuman mengakui kencing manis adalah antara penyakit yang sukar dikawal di negara kita. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini seperti:

  • Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang bersenam;

  • Penyakit lewat dikesan. ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis kerana gejala awalnya tidak jelas. Ini menyebabkan 50 peratus pesakit lewat mendapatkan rawatan;

  • Pesakit bertindak merawat diri sendiri dengan mencuba pelbagai jenis ubat, rawatan alternatif dan persediaan tradisional;

  • Pesakit tidak mematuhi jadual pengambilan ubat; keberatan menjalani rawatan atau bimbang terhadap penggunaan insulin. Salah anggapan terhadap insulin menyebabkan ramai mencuba rawatan alternatif sedangkan insulin boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit;

  • Bimbang kesan sampingan ubat seperti dilihat pada pesakit lain. Pesakit tidak perlu gusar kerana ubat untuk setiap individu berbeza mengikut tahap penyakit masing-masing. Jika ada kesan sampingan, berbincanglah dengan doktor supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

    Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.

    Bagaimanapun, jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda dan dalam keadaan bagaimana anda tidak boleh bersenam atau perlu berhenti bersenam.

    “Apabila doktor kata anda perlukan suntikan insulin, jangan panik dan takut. Suntikan insulin bukan bermakna penyakit anda sudah sampai ke peringkat akhir. Ia boleh memperlahankan atau melengahkan perkembangan penyakit.

    “Jika doktor mencadangkan anda mengambil suntikan insulin, cuba untuk seminggu dan lihat perubahan yang berlaku pada anda. Jika suka boleh teruskan dan jika tidak, boleh kembali kepada ubat.

    “Berdasarkan pengalaman, kebanyakan pesakit berkata kualiti hidup mereka lebih baik selepas mengambil suntikan insulin. Mereka juga tidak lagi kerap bangun malam untuk membuang air kecil,” katanya.

    Mengawal kencing manis bukan saja membuatkan anda lebih selesa, juga mengurangkan risiko mendapat:

  • Penyakit jantung;

  • Strok;

  • Penyakit mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau kebutaan;

  • Kerosakan saraf pada tangan, kaki atau bahagian lain badan. Ia juga antara punca utama kaki pesakit dipotong kerana apabila saraf rosak, pesakit hilang sensitiviti terhadap rasa sakit. Malah ia juga kerap mengakibatkan pesakit lelaki mati pucuk atau erektil disfungsi.

  • Kegagalan buah pinggang;

  • Penyakit gusi yang menyebabkan kehilangan gigi;

    Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin; berkata kencing manis yang bertambah teruk boleh memberi kesan buruk kepada salur darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Jika salur darah besar yang terbabit; ia boleh mengakibatkan strok, serangan jantung dan masalah pada kaki (antara penyebab kaki pesakit terpaksa dipotong).

    Kerosakan salur darah halus akibat kencing manis biasanya berlaku pada mata (retinopati diabetes atau kebutaan), kegagalan buah pinggang dan saraf pada kaki.

    “Serangan jantung adalah pembunuh utama di kalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis mempunyai risiko meninggal dunia dua hingga tiga kali lebih tinggi akibat serangan jantung berbanding orang normal. Oleh kerana ramai pesakit lewat berjumpa doktor, biasanya ketika kencing manis dikesan, mereka sudah mengalami pelbagai masalah salur darah yang meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

    “Selain pengambilan ubat, saya selalu beri preskripsi diet kepada pesakit kencing manis iaitu isikan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, satu perempat untuk sumber karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti) dan satu perempat lagi untuk sumber protein sama ada ikan, ayam atau daging,” katanya.


  • tamat

  • Awas suntikan insulin

    Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
    hidayatulakmal@hmetro.com.my
     
    pix_middle

    KENCING manis atau diabetes bukan penyakit asing di kalangan masyarakat. Penyakit ini sangat digeruni kerana boleh mendatangkan pelbagai komplikasi serius, termasuk maut dan buta.
    Bagaimanapun, pesakit masih mampu menjalani kehidupan sihat seperti individu yang bebas daripada penyakit itu meskipun dalam keadaan berpuasa.

    Tiada alasan untuk pesakit kencing manis meninggalkan puasa kerana golongan ini masih boleh berpuasa seperti individu biasa, bergantung pada kestabilan penyakit mereka.

    Begitupun, Pensyarah dan Pakar Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ada beberapa kategori pesakit yang dibenarkan tidak berpuasa iaitu:



  • Semua pesakit kencing manis yang tidak terkawal berdasarkan pendapat doktor. Penyakit kencing manis yang tidak akan menyebabkan kekurangan air dan mengalami komplikasi penyakit diabetes lain seperti jangkitan kuman dan koma

  • Pesakit yang tidak mengikuti nasihat penjagaan makanan, ubat-ubatan dan insulin

  • Pesakit yang mengalami komplikasi diabetes seperti penyakit jantung yang tidak stabil dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal

  • Pesakit yang kerap mendapat koma diabetek ketoacidosis

  • Pesakit yang kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), terutama yang pernah terkena dua atau lebih koma hipoglisemia pada Ramadan yang lalu

  • Pesakit yang mengalami sebarang jangkitan kuman. Tanda awal dan penting ialah suhu badan tinggi (demam)

  • Pesakit yang berumur dan tinggal berseorangan

  • Pesakit mengandung dan memerlukan insulin

  • Pesakit kanak-kanak di bawah umur 12 tahun



    Beliau berkata, pesakit kencing manis yang stabil dan tidak memerlukan insulin serta mempunyai berat badan berlebihan digalakkan berpuasa dan pada masa sama disaran mengikuti langkah berikut:


  • Mesti mengambil sahur seperti biasa

  • Tidak dibenar lambat berbuka puasa

  • Mengambil ubat dan insulin seperti disyorkan doktor ketika Ramadan

  • Jangan makan berlebihan sewaktu berbuka. Makanan mengandungi gula tinggi mesti dikurangkan seperti kuih-muih. Buah kurma dibenarkan tetapi sekadar mengambil berkat atau mengikut sunnah

  • Berusaha mengawasi penyakit dan penjagaan kesihatan

  • Mesti tahu mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia (ketinggian gula dalam darah) dan kekurangan air

  • Apabila pesakit mengalami ketiga-tiga tanda itu, mereka mesti berbuka puasa. Kegagalan berbuka puasa membawa kepada komplikasi berbahaya. Puasa yang memudaratkan kesihatan adalah haram pada pandangan syariah

  • Perubahan kepada ubat dan insulin perlu diambil kira. Ini kerana pesakit tidak mengambil sarapan pagi dan tengah hari serta jangka waktu berpuasa yang panjang iaitu hampir 14 jam.

    Sesetengah ubat dan insulin yang bertindak dalam jangka masa lama mungkin perlu ditukar kepada jangka pendek untuk mengelakkan hipoglisemia. Sesetengah ubat dan insulin pula perlu ditukarkan kepada yang bertindak dalam jangka masa panjang untuk mengelak tahap gula tinggi pada waktu petang sebelum berbuka.

    Menurut Dr Azmi, pesakit kencing manis perlu mengetahui tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan kekurangan air supaya masalah itu dapat dielak pada peringkat awal. Tanda hipoglisemia ialah:


  • Gelisah dan tiada tentu arah

  • Lemah

  • Lapar

  • Berpeluh

  • Pucat

  • Berdebar

  • Menggeletar

  • Nadi laju

  • Koma (tidak sedarkan diri)



    Pesakit yang mempunyai glucometer (meter untuk menyukat tahap glukos-gula dalam darah) mesti membuat ujian darah dengan segera. Jika pesakit mempunyai tanda itu, hendaklah segera berbuka.

    Tanda hiperglisemia iaitu kerap membuang air kecil, tersangat lapar dan keletihan. Jika timbul tanda itu, pesakit perlu membuat ujian darah dan jika tahap glukos tinggi, mereka perlu mengubah pengambilan ubat atau insulin selepas mendapat nasihat doktor.

    Tanda kekurangan air pula ialah terasa sangat haus, kulit dan lidah kering dan fikiran bercelaru. Pesakit mesti minum dengan segera bagi mengatasi masalah itu.

    Diet

    Kurang menjaga pemakanan ketika berbuka dan waktu malam akan meningkatkan berat badan pesakit kencing manis dan merumitkan kawalan penyakit. Faedah kesihatan daripada berpuasa hanya boleh dikecapi jika seseorang itu menjaga pemakanan mereka.


    Senaman

    Beberapa kajian menunjukkan aktiviti ringan dan sederhana pada Ramadan, jika dilaksanakan dengan baik, tidak memudaratkan pesakit kencing manis. Jika bercadang melakukan kegiatan fizikal, perubahan tertentu perlu dibuat terhadap pemakanan dan ubat pada waktu Subuh supaya tidak mengalami hipoglisemia.


    Ubat

    Pesakit yang memerlukan ubat untuk mengawal kencing manis, terutama yang mempunyai berat badan berlebihan, tiada masalah untuk berpuasa dengan syarat mengubah jumlah pengambilan ubat.

    Untuk makluman, pesakit dinasihatkan mengubah dos ubat seperti glibenclamide, gliclazide, chlorpromide, aglipizide yang diambil pada waktu pagi ketika tidak berpuasa berbanding waktu berpuasa.

    Dos yang diambil sebelum makan malam diambil sebelum sahur. Kemungkinan, pesakit perlu mengurangkan dos yang diambil sebelum sahur bagi mengelak hipoglisemia.

    Menurut Dr Nor Azmi, sebarang ubah suai jadual pengambilan ubat perlu dibincang dan dirujuk kepada doktor terlebih dulu bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan.


    Insulin

    Pesakit yang memerlukan insulin yang dibenarkan berpuasa, perlu membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah di rumah atau di klinik dengan pengawasan doktor. Berdasarkan kajian, ada dua cara memberi insulin yang terbukti selamat sewaktu Ramadan iaitu:


  • Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka puasa dan sebelum sahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur

  • Dua kali suntikan insulin: satu dos insulin sudah dicampur ketika berbuka yang sama dengan dos waktu pagi ketika tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur


    Pada permulaan bulan puasa, tahap glukos dalam darah perlu dikaji pada waktu berikut:

  • Sebelum makan sahur

  • Antara tiga hingga empat jam kemudian

  • Sebelum berbuka puasa

  • Antara tiga hingga empat jam kemudian


    Apabila pesakit mengetahui tahap gula, perubahan terhadap dos insulin dapat dilakukan


    Panduan tambahan

    Dr Nor Azmi berkata pesakit yang memerlukan insulin jika tahap glukos terlalu tinggi, perlu membuat ujian ketone dalam kencing atau darah untuk mengelak koma diabetik keoasidosis.

    Katanya, berat badan sebelum berpuasa juga mesti diambil dan jika ada penambahan dua kilogram, pesakit perlu segera berjumpa doktor.

    “Sebaik-baiknya, berat badan diambil pada waktu pagi. Jika kekurangan melebihi tiga peratus, pesakit mesti berbuka kerana ada kemungkinan kekurangan air boleh membahayakan.

    “Pesakit juga perlu mengambil air secukupnya sewaktu bersahur dan perlu juga mengambil air sebelum tidur, malah jika pesakit bangun untuk buang air, hendaklah disusuli minuman secukupnya selain mengelak mengambil air manis serta berkarbonat,” katanya.


    Kesimpulan

    Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang berpuasa pada Ramadan dengan pengawasan yang baik adalah selamat. Paling penting adalah menjaga pemakanan ketika berbuka, mesti bersahur, perubahan pada insulin dan peka terhadap tanda hipoglisemia.

  • Ubat alternatif kencing manis

    ARKIB : 08/08/2008
    Utusan Malaysia


    Herba meningkatkan kesihatan

    Penyelidikan mengenainya mula dijalankan di Alor Star, Kedah sekurang-kurangnya kira-kira 10 tahun lepas dan formula itu dijadikan asas untuk menghasilkan produk Kacip Emas sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

    Selepas menjalani ujian makmal di Sirim Berhad dan Universiti Sains Malaysia (USM), produk Kacip Emas atau Gold Pincer itu kini dalam rangka untuk dipasarkan.

    Pengasas dan penyelidik produk tersebut, Kapten (B) Yusoff Md. Saad berkata, dia melakukan uji kaji banyak kali bagi mencari formula terbaik Kacip Emas dan hanya menumpukan kepada formula yang didapati terbaik untuk dikomersialkan.

    Ramuan tersebut dihasilkan gabungan herba, sayur-sayuran dan bunga yang menjalani proses membakar, mengukus, diperah dan direbus.

    Bahan tersebut kemudian dihasilkan dan dibotolkan dengan harga RM145 sebotol.
    Menurut Yusoff, beliau akan mengeluarkan produk tersebut secara besar-besaran pada masa akan datang.

    “Sebelum ini saya mengeluarkan produk tersebut untuk dipasarkan dengan menggunakan wang sendiri termasuk mengeluarkan kos sebanyak RM400,000 bagi membina kilang sejak setahun lalu,’’ katanya.

    Bagi tujuan itu sebuah syarikat bumiputera Syarikat terbabit, MediaTech Resources Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk tersebut ke seluruh negara bermula 1 Julai lalu.

    Pengarah Urusan syarikat terbabit, Sarifuddin Zainal berkata, sebagai pengedar tunggal produk Kacip Emas, pihaknya menyasarkan penjualan 10,000 unit dalam tempoh tiga bulan.

    Katanya, ia akan dilaksanakan menerusi pelbagai program penjenamaan dan aktiviti pengiklanan, pameran dan ke seluruh negara dan melibatkan stokis atau ejen.

    Dirumus khas
    “Program stokis dan ejen setempat syarikat akan merangkumi proses pelantikan berkala satu stokis setiap negeri dan 10 ejen di bawah satu stokis.

    “Dengan jumlah 140 ejen di seluruh negara, MediaTech Resources yakin dapat meningkatkan jualan sebanyak 10 peratus dalam tempoh suku tahun kedua,” katanya.

    Pada masa sama, syarikatnya juga mengadakan kempen penjenamaan menerusi media cetak, elektronik dan Internet.

    Antara kelainan produk tersebut sebagai makanan tambahan kesihatan yang berasaskan herba terpilih tempatan, tanpa bahan kimia, tanpa pewarna tiruan dan pengawet dibenarkan.

    Produk tersebut mempunyai pelbagai khasiat terutama membantu mengurangkan kesan kepada penyakit kronik yang dihidapi terutama diabetes dan jantung.

    Ia diperbuat daripada bahan asli yang dirumus khas untuk memperbaiki punca penyakit.
    Pesakit yang ingin mencuba bagaimanapun tertakluk kepada pantang larang bergantung kepada penyakit mereka.

    Produk tersebut dikatakan mampu membantu mencernakan glukosa, membantu meningkatkan kualiti oksigen dalam badan, mengurangkan keletihan, memulihkan luka akibat penyakit kronik dan membantu meningkatkan penglihatan yang terjejas akibat penyakit diabetes.

    Pengguna hanya perlu meminum tiga kali sehari bagi mereka yang mempunyai bacaan gula melebihi 12milimol perliter (mmol/liter) dan dua kali sehari jika kandungan gulanya kurang daripada itu.

    Meskipun pengambilannya sebagai makanan tambahan, Yusoff memberitahu, pengguna perlu mematuhi pantang larang antaranya minuman bergas, makanan berlemak dan berkanji , mengelakkan semua jenis ikan bersengat, makanan lalut dan alkohol.

    Mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau ejen, boleh menghubungi Sarifuddin di talian 017-2427557 atau Zatul di talian 03-22834584 atau melayari laman web www.goldpincer.com atau www.antidiabetes.org

    Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=AgroBiz&pg=ag_02.htm

    betulker Chlorophyll Drops (ACD) berkesan?

    Apa itu Alkaradix Chlorophyll Drops (ACD)?
    ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.

    Apakah fungsi ACD?
    ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan. Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.

    Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
    Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi, penyakit kulit tegar dan juga kanser.

    Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
    Dua perkara berlaku apabila kita makan. Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid. Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.

    Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
    “Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid,” kata Dr Robert Young.

    Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
    Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.

    Apakah yang seterusnya terjadi?
    Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.

    Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
    Apabila darah berasid dineutralkan dengan minuman beralkali, sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.

    Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?
    “Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga. Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality,” Dr Robert Young.

    Adakah ACD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
    Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.

    Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
    Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan, ia bertukar menjadi kanser.

    Apakah tanda keasidan dalaman?
    Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung dan keasidan merangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.

    Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
    Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.

    Siapakah yang memerlukan ACD?
    Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun kerana mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagi jika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.

    Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?
    Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.

    Adakah ACD bermanfaat untuk menurunkan paras gula dalam darah?
    Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi, mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan penyakit yang berkait dengan kadar gula yang tinggi dalam darah.
    Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser.

    Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?
    ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.

    Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?
    Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapun, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.

    Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?
    3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:
    1. Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
    2. Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
    3. Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan. Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.

    Bagaimana ACD digunakan?
    1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
    2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
    3. Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
    4. ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum

    !@#$%^&*()_!@#$%^&*()__+!@#$%^&*()_+~!@#$%^&*()_____+~!@#$%^&*()_+~!@#$%^&*()_+
    **************************************************************************************************

    Tapi bila baca artikal omputih lain plak, mana satu betul nie... ?

    Alkaline Diets and Cancer: Fact or Fiction?

    By Stephanie Vangsness, R.D., L.D.N., Dana-Farber Cancer Institute and Brigham and Women's Hospital
    Previously published on Intelihealth.com, May 3, 2006; reviewed October 2009
    Advocates of alkaline diets claim that they help you lose weight, increase your energy, and even reduce
    your risk of heart disease and cancer. While their arguments sound persuasive, they ignore all the facts.
    The body performs any number of intricate balancing acts daily. One of them is to make sure that the
    body's fluids,tissues and cells aren't too acidic or alkaline, but stay in a healthy pH range. If you recall
    high school chemistry, pH measures the concentration of hydrogen in a solution. The more hydrogen,
    the more acidic it is (low pH); the less hydrogen, the more alkaline it is (high pH).
    Proponents of alkaline diets claim that when the body's pH is too acidic, your risk for many conditions,
    including cancer increases. They also claim that eating too much of certain foods - animal protein,
    sugar, caffeine and processed foods - makes your body more acidic and that changing what you
    eat will change your pH.
    We know that people whose diets are high in fat and low in fiber are at higher risk of certain types of
    cancer. But claiming that restricting certain foods and eating others will make your pH "alkaline
    enough" to prevent cancer is more fiction than fact. Here are the answers to questions I frequently
    get about these diets.
    Can You Make Your pH More Alkaline?
    Your body has a complex system of checks and balances to keep its pH in a normal and healthy range:
    7.35 to 7.45. When your pH shifts outside this range and becomes too acidic or too alkaline, your body
    automatically corrects itself to bring things back to normal by:
    • Increasing or decreasing respiration - When you breathe more rapidly, you blow out more
      carbon dioxide. This raises your pH so it becomes more alkaline and less acidic.
      Conversely, slowing down your breathing causes you to release less carbon dioxide,
      which lowers your pH making it less alkaline.
    • "Mopping up" excess hydrogen ions - Neutralizing substances in the blood such as
      bicarbonate and hemoglobin, mop up excess hydrogen ions and prevent pH from
      becoming too acidic.
    • Eliminating the excess - Your kidneys excrete excess acidic substances into urine
      to prevent pH from becoming too low. Conversely, if your pH starts to become too
      high or alkaline, the body uses similar tools in reverse to bring down the pH.
    The bottom line: The body fights hard to keep your pH balanced. It's nearly impossible to achieve
    and maintain a high-alkaline pH for a prolonged period of time.
    Can an Alkaline pH "Kill" Cancer Cells?
    First of all, there are no human studies supporting alkaline diets for the prevention or treatment
    of cancer. Test-tube studies, however, have shown that some cancer cells grow faster in an
    acidic solution. They'vealso shown that some chemotherapy drugs become more effective if
    the area around a tumor cell is altered to be more alkaline. However, we can't assume that
    what happens in a test-tube also happensin the human body. In fact, the opposite effect could
    occur and have dangerous consequences.
    Can Diet Change the pH Balance of the Body?
    The body's pH levels may change slightly as a result of eating some foods, but will remain in the tightly
    held range of 7.35 - 7.45. For instance, some fruits and vegetables as well as dairy products may raise
    the pH of your urine, whereas meat products and cranberries may lower the pH of your urine. However,
    even if you eat large quantities of these foods, your blood pH will barely change and only for a short time.
    Are Urine and Saliva pH Test Strips a Good Way to measure the Body's pH?
    The only way to directly measure the body's pH is by testing your blood. Testing your urine only tells the
    pH of your urine. Urine is naturally more acidic and has a lower pH (~6.0). Similarly, saliva test strips only
    measure the pH of your saliva, not the pH of your blood.
    Can an Alkaline Diet Be Harmful?
    Alkaline diets promote the exclusion of many foods. Excluding an entire family of foods can result in some
    potential anti-cancer benefits. A list of foods often restricted on an alkaline diet is listed below, along with
    the reasons why these foods shouldn't be eliminated.
    Food Group Benefits of the Food Group
    Fats and Oils Provide essential fatty acids (EFAs). EFAs are needed to make healthy cells, maintain immunity and combat inflammation.
    Dairy An excellent source of protein and vitamins, specifically vitamin D and calcium. Adequate vitamin D intake has been linked to increased survival from cancer.
    Beans and Legumes Rich in phytonutrients, substances also found in colorful fruits, vegetables which help lower cancer risk and boost the immune system. Beans and legumes are rich in fiber, which is good for gastrointestinal health and may help prevent colon cancer. Also a good source of vegetarian protein. Protein needs are higher in cancer patients, especially those receiving chemotherapy.
    Fruits Contain phytonutrients, vitamins and fiber.

    Do Dietitians and Other Health Professionals Recommend Alkaline Diets?
    No. Studies of alkaline diet are limited to animal and test tube trials. While research is currently in progress regarding the correlation between alkaline diets and bone health, there are unfortunately no major human studies in regards to alkaline diets and cancer at this time