BAITULMUQADDIS - Israel akan membuat keputusan sendiri berhubung serangan ke atas Iran, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Pegawai itu, Leftenan Jeneral Benny Gantz memberitahu stesen televisyen Channel One bahawa Israel sepatutnya mempertahankan negaranya sendiri.
Sejak beberapa minggu lalu, terdapat spekulasi bahawa Israel semakin hampir melakukan serangan ke atas program nuklear Iran.
Namun, Israel menafikan akan melakukan serangan itu. - AFP
Pemimpin tak berjaya bentuk sahsiah isteri, didik anak
NORJIMI AZMI LATIF
20 Februari 2012
20 Februari 2012
Tanpa merujuk kepada tokoh itu sama ada daripada kerajaan atau pembangkang, kata Ridhuan Tee, pemimpin ini tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu berlaku.
“Begitu juga jika isteri atau suami mengetahui ahli keluarga mereka melakukan maksiat dan perbuatan tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.
“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya.
Katanya, pemimpin itu tidak perlu bercakap mengenai integriti dan memberi nasihat kepada orang lain sekiranya diri sendiri tidak betul dan perbuatan itu tidak selamanya boleh menyelamatkan dirinya.
sumber : Sinar Harian
| Reactions: |
Umat Islam haram sertai urus niaga forex
15 Februari 2012
KOTA BHARU - Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet adalah haram untuk disertai umat Islam.
Pengerusinya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga berkenaan tidak memenuhi syariah.
Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya.
“Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu.
Katanya, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya.
Dalam pada itu, beliau berkata masih ada yang tidak berpuas hati walaupun pihaknya memutuskan pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kita membuat kajian dan pihak bank juga memberikan penjelasan yang meyakinkan di samping penambahbaikan mengikut sistem mudarabah.
“Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut berpuas hati dan tidak meragui sistem terbabit dan pelabur harus mendapat pulangan seperti diterima sekarang,” katanya.
sumber : sinar harian

Subscribe to:
Posts (Atom)