Search This Blog

Loading...

Penyakit Ganoderma Kelapa sawit


Kesan aplikasi baja dengan kaedah suntikan batang aliran berterusan terhadap kandungan nutrien daun pokok kelapa sawit matang ?

Kajian ini adalah untuk menguji potensi penggunaan 'Kaedah Suntikan Batang Aliran Berterusan' (CFNIT) terhadap kandungan nutrien pada daun pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) matang berbanding kaedah tabur terus kepermukaan tanah. Kajian ini bertempat di Unit Kelapa Sawit, Taman...


Main Author: Mohamad Yuzaidi Azmi.
Format: Book
Language: Malay
Institution: Universiti Putra Malaysia
Library: Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Call Number: FP 2005 150
Published: 2005.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: Kajian ini adalah untuk menguji potensi penggunaan 'Kaedah Suntikan Batang Aliran Berterusan' (CFNIT) terhadap kandungan nutrien pada daun pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) matang berbanding kaedah tabur terus kepermukaan tanah. Kajian ini bertempat di Unit Kelapa Sawit, Taman Pertanian Universiti, UPM. Pokok-pokok kelapa sawit tersebut telah berusia 12 tahun. Dalam kaedah CFNIT ini, larutan nutrien N, P dan K dalam bekas khas akan diberi pada pokok kelapa sawit melalui tiup kelubang pada permukaan pangkal batang pokok kelapa sawit. Lubang tebukan sedalam 15cm dan mempunyai 2 saiz lubang tebukan berdiameter 15mm dan 20mm. Lima liter larutan nutrien akan dibiarkan mengalir ke pokok dalam jangkamasa satu bulan. Injab digunakan untuk mengawal aliran nutrien dan memberi pengaliran yang sekata setiap pokok. Untuk kaedah tabur terus, baja akan ditaburkan disekeliling batang dibawah kanopi pokok. Tiga peringkat rawatan baja akan diberi perhatian dalam CFNIT, dimana sebanyak suku, setengah dan seluruh dos daripada kadar normal baja digunakan. Rawatan kaedah tabur terus menerima seluruh doa baja yang diperlukan. Setiap rawatan mempunyai 4 replikasi. Kesemuanya 32 pokok akan digunakan. Kepekatan nitrogen, fosforus dan kalium dalam daun pokok kelapa sawit akan ditentukan dalam sampel daun yang diambil daripada pelepah ke 17, setiap bulan selama 3 bulan selepas rawatan. Sampel daun juga akan diambil sebelum kajian dijalankan untuk perbandingan varian. Keputusan kajian mendapati bahawa kaedah suntikan batang dengan dos yang penuh menunjukan kadar kepekatan nutrien yang tinggi dalam tisu pokok kelapa sawit matang berbanding kaedah tabur terus. Sebaliknya bagi analisis tanah, kandungan nutrien yang masih banyak kedapatan dalam tanah kerana tidak diserap sepenuhnya oleh pokok bagi kaedah tabur terus berbanding kaedah suntikan batang. Ini jelas membuktikan kaedah suntikan batang lebih efektif untuk memaksimumkan kecekapan pengambilan nutrien dan meminimumkan kesan sampingan kepada pokok kelapa sawit matang dan alam sekitar... tamat 

Rujukan artikal diatas adalah disini

Apakah kelebihan produk Yuli?

Kehebatan

  • Mesra alam,Mengatasi masalah pencemaran alam sekitar disebabkan terlalu banyak penggunaan baja kimia.
  • Kadar penyerapan baja sehingga 95% dan pembaziran yang minima.
  • Bekalan nutrien yang lengkap, stabil dan berterusan yang akan memulihkan pokok yang bermasalah dengan cepat.
  • Meningkatkan produktiviti sehingga 30% atau lebih dan pertambahan kandungan minyak.
  • Tiada kesan negatif kepada pokok walaupun telah menggunakan selama 3 tahun, malah pokok bertambah sihat dan menghasilkan buah melebihi 1 ton per ekar. Kandungan juga telah di sahkan melalui laporan-laporan makmal dari SIRIM Berhad, SGS (internasional), Pusat Penilitian Kelapa Sawit Indonesia untuk tujuan pengekportan ke Indonesia dan sebagainya.
  • Mengurangkan kos pembajaan, pengangkutan dan tenaga buruh. Penjimatan sehingga lebih kurang 55%.

    Apakah EM (effective micro organisma) yang terkandung didalam Yuli?



    I0 Bacillus (EM) yang terdapat di dalam Yuli

    1. Bacillus Catenulatus
    2. Bacillus Careus
    3. Bacillus Drentensis
    4. Bacillus Firmus
    5. Bacillus Flexus
    6. Bacillus Megaterium
    7. Bacillus Niacini
    8. Basillus Subtilis
    9. Basillus Teguilensis
    10. Bacillus Thuringiensis

    Fungsi Bacillus (EM) di dalam Yuli
    • Menguraikan semua nutrien daripada bahan jirim organik dan tak organik.
    • Mengimbangi pH dan Kapasiti Pertukaran Kation (KPK) yang merawat tanah berasid.
    • Meningkatkan kandungan jirim organik dan humus tanah.
    • Meningkatkan struktur tanah,kandungan air dan daya tahan kemarau.Meningkatkan kandungan udara/oksigen.
    • Menggalak pertumbuhan akar dan rerambut.
    • Meningkatkan tahap kesediaan kesemua makro dan mikronutrien dalam tanah.
    • Meningkatkan kandungan kesemua makro dan mikronutrien yang seimbang di dalam daun lalu meningkatkan kadar proses fotosintesis yang membantu semua proses-proses vegetative dan produktif.
    • Menghasilkan berbagai enzim dan fitohormon yang baik untuk pokok.
    • Menghasilkan Antibiotik, meningkatkan dayatahan tanaman,merencat dan mengawal pertumbuhan bakteria pathogen, seperti Ganoderma yang mengakibatkan Reput Pangkal Batang (RPB) dan lain-lain.
    • Berfungsi mengawal dan membunuh serangga perosak.